Tampilkan postingan dengan label Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan. Tampilkan semua postingan

AMALAN TERBAIK SEPANJANG RAMADHAN


Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan beberapa kitab muktabar yang lain. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1. Keutamaan Sahur
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
maker gif
YA ALLAH KARUNIAKANLAH KEPADA KAMI PADA BULAN RAMADHAN DENGAN KEIMANAN, KESELAMATAN, KEISLAMAN, DAN BERIKANLAH KEPADA KAMI SEMUA TAUFIK DAN RAHMATMU, AGAR KAMI MAMPU MELAKUKAN AMALAN YANG ENGKAU RIDHOI
Iklan diluar tanggungjawab publisher